Piggybank

Thursday, July 16

Neon Run




Neon Run UNMC
Glow Hard or Go Home

Color Run/Colorthon is too mainstream? Nah cadangan running event seterusnya, Neon Run!



Masa mula-mula tahu pasal event ni memang gigih jugak aku google every details pasal Neon Run ni. Aktiviti night running macam ni memang jarang-jarang di anjurkan di Malaysia. Mungkin atas faktor keselamatan. Selalunya di negara barat memang favourite mereka sebab lepas run mereka akan buat konsert. Kita pun nak berkonsert jugak ke?! Julung-julung kalinya aku teringin nak turun padang walaupun di malam hari. Program larian bermula selepas pukul sembilan malam. Track 5km kami hanya pusing kawasan universiti. Takut jugak kalau keluar ke dari kawasan luar malam-malam dan semestinya akan melibatkan lebih ramai pihak.



Berbeza ke Neon Run dengan program running yang lain? Eh mestilah!
Aktiviti ini semestinya pada waktu malam. Kami diberi glow in the dark stick instead of colours pack macam colorthon tu. Version universiti ni, ada zombie yang bersedia menggangu di setiap lokasi. Bapak mengerikan, tambah-tambah kawasan situ dah memang sedia gelap. Zombie pulak gagah perkasa mengejar mangsa. Nasib baik no touching. Meremang bulu roma dibuatnya. Baju Colorthon memang wajib akan berwarna putih kan? Manakala baju Neon Run pula sudah semestinya turut glow in the dark jugak la! Kalau tak macam mana nak attract zombie huhuhuhu



Ngeri bukan? Huhuhuhu kipidap
Run tak run pun boleh la satu medal buat kenangan bersama zombie
Okay lepasni dah boleh bersara (acah acah)

No comments: