Piggybank

Thursday, January 30

SUM UP


Assalamualaikum.

Disebabkan 2013 dah dikira tahun paling penting dalam hidup aku di mana tahun terakhir aku di alam persekolahan dan menduduki antara peperiksaan terbesar. So sangat penting untuk aku mengabadikan setiap cerita moment di sekolah dalam blog ini. Mana lah tahu kot-kot dah tua nanti boleh scroll blog post baca kenangan lama kan? Tapi atas faktor kekangan masa, so aku nak sum up semua dalam satu post. Nak kasi panjang macam essay gitchew


Antara pengalaman termanis 2013 di Tesmal



#Throwback

Merentas Desa Daerah



Gambang Waterpark


Hi-Tea Badan Pengawas



Sambutan Maulidur Rasul Daerah


Tilawah di bulan Ramadhan



Tesmal Elitte Challenge (TEC)



Perkhemahan Perdana


Sambutan Hari Guru



Hari Koperasi TESMAL 



Marang Camp

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Sambutan Hari Raya 2013


Majlis Graduasi kali ke-7



Keputusan SPM 2013


-
-
-
-
-
-
-

KOTS, TUG, APPRECIATION NIGHT and TRIP gambar tak dapat di kesan. Sekian 



Wednesday, January 8

Selamat eniberseri yang berseri-seri ayah bonda



dua belas satu dua ribu empat belas

selamat ulangtahun ayah ibu
selamat sejahtera dunia akhirat
selamat teguh bersatu
selamat sembilan belas
terima kasih
mengajar erti itu semua
terima kasih
kerana tidak pernah lelah berkorban nyawa
terima kasih
atas teguhnya bahagia sebuah keluarga
terima kasih
atas segala kasih cinta
terima kasih Tuhan
meminjam dua kekuatan ini terus di samping aku
syukur buat Tuhan yang satu
suatu saat ajal pemisah kita
namun kasih tetap bersatu
salam penuh cinta
anak-anak yang sentiasa dahaga bahagia kita selamanya
kurangkan manis dalam minuman
tambahkan manis buat insan tersayang
dia semulia kurniaan
*peluk cium sayang*

Saturday, January 4

Perempuan


Bismillah.
Secebis nukilan kak Fynn Jamal. Yang aku pinjamkan.
Untuk satu renungan. Moga menyedarkan. Dalam.

Kasihan seorang perempuan-Fynn Jamal

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.
kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.
berhijab-- tak cukup labuh.
tak tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu lelaki.
curang-- dicanang keji.
terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.
orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.
aduhai--betapa kasihan;
betapa kasihan.
*pause*
kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah.
beri nasihat itu ini pada wanita--
tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.
contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.
apa cerita?
apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.
"abang hendak saya jadi apa?"
hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.
soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"
kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.
kita yang pilih kita siapa.
*pause*
wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.
apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.
sudah2lah tu, wahai perempuan.kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.
simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.berhenti.
berhenti puaskan satu dunia.berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.
*pause*
kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.
kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.digelak, dimain, dimarah, ditujal.kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.